Rahsia Di Sebalik 13 Logo Terkenal Dunia

Pernah tak anda terfikir apa cerita di sebalik logo-logo jenama terkenal di dunia? Adakah logo-logo ini mempunyai maksudnya tersendiri atau memang direka secara kebetulan sahaja?

Berikut adalah beberapa logo terkenal di dunia yang mempunyai kisah yang unik dan menarik

13. Disney

Image result for disney logo

Image result for Neuschwanstein Castle

Logo studio animasi tersohor di dunia ini berasas kan Istana Neuschwanstein di Jerman (kiri) . Namun pada tahun 2006, ianya digantikan oleh  Istana Cinderella di Disneyland Paris (kanan).

12.  LEGO

Nama syarikat permainan dari Denmark ini berasal dari perkataan Denmark yang bermaksud “main sebaiknya”

11. Pepsi

Eerrrr…. tak pasti betul ke tidak….

10. Fanta

Max Keith, Ketua Cawangan Coca-Cola di Jerman semasa Perang Dunia Ke-2, ingin mencipta satu produk baru. Keith meminta anak buahnya  mereka nama untuk produk baru tersebut dengan menggunakan “fantasie” (perkataan Jerman untuk imaginasi) mereka.  Jjoe Knipp,  salah seorang anak buah Keith,  mencadangkan “Fanta”

9. Nintendo

3 suku kata Bahasa Jepun dalam jenam syarikat permainan video “Nin-Ten-Do” ini bermaksud “leave luck to heaven” , lebih kurang seperti “serah nasib pada takdir”

8. Cadillac

Pengasas Cadillac, Henry M. Leeland, menamakan syarikat beliau sempena nama moyang beliau, penjelajah terkenal Perancis, Antoine Laumet de La Mothe,  Sieur de Cadillac.

7. DUREX 

Singkatan untuk Durex. Macam moto  pulak. hihihi

6.  Levi’s

Levi Strauss sengaja mereka lengkungan di logo Levi’s untuk melambangkan punggung, bahagian badan yang akan ditonjolkan ketika memakai seluar jeans. Menarik, bukan?

5.eBay

Pengasas, eBay, Pierre Omidyar mereka versi pertama laman sesawang eBay ketika masih bekerja di Echo Bay Technology Group di Echo Bay, Nevada, Amerika Syarikat. Pada awalanya Pierre ingin mendaftarkan laman tersebut sebagai EchoBay.com, namun nama tersebut telah digunakan, lau beliau memendekkan menjadi eBay.com. Namun ramai masih mengaggap eBay bermaksud Electronic Bay.

4. SAMSUNG 

Dalam Bahasa Korea, “Sam” bermaksud nombor 3, dan “sung bermaksud bintang. Nombor 3 itu mewakili Hebat, Banyak dan Berkuasa.

3.  SEGA

Image result for SEGA

SEGA adalah singkatan “Service Games of Japan.”. Asalnya SEGA menbekalkan mesin pinball ke markas tentera untuk judi dan hiburan.

2. AUDI

Sekali tengok, logo AUDI macam ringkas dan biasa. Namun bulatan tersebut sebenarnya melambang 4 syarikat yang menubuhkan syarikat ini pada 1932.

1. Alfa Romeo

Logo Alfa Romeo mempunyai maksud sejarah yang mendalam. Lambang palang merah merupakan jata bandar Milan, manakala ular merupakan simbol House of Visconti, keluarga (zaman moden dikenali sebagai Mafia)  yang memerintah bandar Milan pada kurun ke 14.  Nasib baik kereta ini tidak memakan ramai nyawa penumpang dalam kemalangan, Seperti lambangnya.

Kredit: karya asal dalam bahasa inggeris oleh brightside

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *