Antara 5 Kelebihan Dalam Membela Kucing

Meow!! Meow!!

Berita baik untuk pencinta kucing! Sebenarnya banyak faedah kalau kita dekat dengan rakan berbulu ni. Rakyat Malaysia rata-rata membela kucing sebagai haiwan peliharaan. Dapat pula kucing yang kaki pendek ni, memang nak gomol-gomol je. Tapi tahukah anda, selain dari kecomelan haiwan ini, ianya juga ada banyak kelebihan yang istimewa jika dibandingkan haiwan lain. Kelebihan istimewa inilah yang haiwan-haiwan lain tak ada.

1 – Ketenangan Jiwa

Tengok gambar pun dah tenang kan? Membela haiwan kesayangan merupakan satu terapi emosi yang baik. Stress merupakan satu daripada penyakit emosi yang kerap terjadi. Jadi bagaimana kucing mampu meredakan stress anda?

Cara melawan stress adalah dengan bernafas dengan betul seperti yoga. Pernah dengar dengkuran kucing? Tahu tak dengkuran ini lah yang bantu anda meredakan stress? Dengkuran kucing atau cat purring boleh membantu mengurangkan simtom dyspnea iaitu kesulitan bernafas. Secara tak langsung, kucing boleh meredakan stress apabila ia mendekati kita. Bayangkan masa ia melompat atas kita dan minta dibelai, mahu tersenyum dibuatnya. Dah hilang kepenatan seharian memikir masalah peribadi.

2 – Kucing Bagi Anda Hadiah

Nak mengharapkan bf/gf bagi hadiah memang hari birthday la baru dapat. Kucing anda mesti pernah bawa balik “hadiah” kepada tuannya. Hadiah menunjukkan yang ianya bahagia bersama kita. Catlovers mesti faham hadiah yang diberi kucing walaupun tak berapa bersih. Dia pun nak tunjuk jugak effort dengan skill dia. Kucing mana ada duit nak bagi hadiah mahal-mahal.

3 – Kucing Teman Setia

Kucing ni bila dia dah selesa dengan tuannya, apa yang kita buat mesti dia suka kacau. Tapi itulah yang buat kita tak lonely. Buat kerja yang boring pun boleh rasa seronok bila diganggu manja dengan kucing. Tambahan pula kalau tengah menulis, memang dia “ngap” pen, takpun pegang-pegang pen kita.

4 – Kucing Jadi Alat Senaman

Takkan bela kucing nak bagi makan ja, mesti main lari-lari jugak. Nak harap pergi gym atau jogging, kita lebih banyak masa kat tempat kerja dengan rumah, memang tak ada masa. So main dengan kucing je lah hmm. At least boleh jugak bakar lemak.

5 – Alarm Kucing

Alarm tak cukup kuat? Jangan risau, rakan berbula anda sedia membantu. Kucing memang lebih aktif waktu pagi. Kucing selalu kejutkan pagi-pagi dengan cara yang berkesan. Tak percaya? Cubalah bela seekor baru tahu.

Macam mana dengan kelebihan-kelebihan kucing ni? Kalau tak pernah bela lagi, cuba-cuba la bela. Catlovers jangan lupa tinggalkan komen, dapat jugak berkongsi pengalaman sikit hehe.

[Admin] – “suka juga kucing. tapi bab nak jaga pembuangan najis dia tu, err… err…”

GALLERY

Nah, tengok beberapa kucing ni dengan aksi masing-masing..

@ babab.net
@ fanpop.com
@ Kfein Blog
@ ytimg.com
@ hellocahayasakinah
@ deadbangguns.com

Kredit; Positivbyte

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *