11 Destinasi Tarikan Pelancong Yang Mengundang Maut

Ini adalah senarai tempat paling mencabar dan berbahaya di dunia. Jika anda memang penagih cabaran dan situasi yang merapatkan anda dengan maut, maka ini adalah tempat yang patut anda tujui, jika sebaliknya, pergilah ke Danok sahaja, makan daging bakar.

1.Death Valley, Amerika Syarikat

Lembah Kematian, mendengar namanya pun sudah cukup menggerunkan. Death Valley terkenali sebagai oven terbesar di bumi ini.

Gurun yang mengagumkan ini pernah mencatat rekod suhu tertinggi di planet kita iaitu 56.7°C. Anda hanya boleh hidup selama 14 jam sahaja di Death Valley ni sebelum dijemput Ilahi.

2. Gurun Danakil, Eritrea

Kebanyakan orang melabelkan Gurun Danakil sebagai “Neraka Dunia”. Namun ianya masih menarik perhatian ramai pengembara berhati kering dari seluruh dunia. Namun begitu, harus diingat, melawat Gurun Danakil tanpa pemandu arah yang berpengalaman adalah dilarang sama sekali.

3. Gunung Washington, Amerika Syarikat

Selain daripada anginnya yang kencang selaju 327 km/j di puncak gunung ini, tetapi angin yang kencang bukanlah satu-satunya masalah di kawasan ini. Suhu dinginnya juga boleh jatuh sehingga -40°c dan salji tebal membuatkan Gunung Washington sebuah kawasan yang amat berbahaya.

Walau dengan ketinggian 1 917m sahaja, puncak gunung Washington masih dianggap mencabar kerana tekanan yang diterima oleh tubuh badan manusia di atasnya sama seperti tekanan yang diterima oleh mereka yang berada di puncak gunung Everest.

4. Gunung Berapi Sinabung, Indonesia

Terletak di kepulauan Sumatera, Indonesia, gunung berapi aktif ini telah meletus berkali-kali. Meninggalkan mangsanya tanpa perlindungan dan tempat tinggal. Bandar dan perkampungan berdekatan telah beberapa kali dilitupi debu dan lava dari gunung ini. Letusan terkini berlaku pada 27 Februari 2016. Letusan itu telah menghasilkan ‘awan maut’ yang mengandungi gas toksik,batu dan debu setinggi 2500 meter.

5. Iha da Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil

Dikenali sebagai Pulau Ular kerana jumlah ularnya yang banyak di sekitar pulau ini. Ular di pulau ni katanya ada dalam 5 ekor setiap meter persegi. Lepas kejadian pekerja rumah api kena serang dengan ular dan mati, rumah api di pulau tu sekarang ni dikendalikan secara automatik. Pihak berkuasa Brazil juga melarang mana-mana pelawat untuk menjejakkan kaki ke pulau ni.

7. Valley of Death, Kamchatka, Russia

Sekiranya di Amerika ada Death Valley, di Russia terdapat pula tempat yang dikenali seabgai Valley of Death. Terletak di semenanjung Kamchatka, Valley of Death ini terletak berhampiran dengan Lembah Geyser. Gas toksik dalam ketumpatan tinggi di sekitar kawasan ini pastinya menjadi ancaman utama kepada apa-apa jenis kehidupan. Tumbuhan dan binatang katanya akan mati dengan cepat di kawasan ini manakala manusia akan cepat berasa sakit, demam, pening dan seram sejuk.

8. Bikini Atoll, Kepulauan Marshall

Kian dilupakan di sebalik lautan yang luas, pulau yang kelihatan seperti syurga buat pelancong ini dipalit pencemaran radiasi akibat ujian bom nuklear yang dijalankan oleh Amerika Syarikat. Gila betui Amerika ni, suka-suka hati bom sana sini.

Lebih dari 60 sesi ujian nuklear pernah dijalankan di sini, menjadikan pulau Bikini Atoll dicemari radiasi dan tidak boleh didiami. Penduduk di sini terpaksa meninggalkan rumah mereka dan catatan radiasi yang amat tinggi dan abnormal boleh menyebabkan kanser pada siapa yang melawat atau mendiami pulau ini.

9. Elephant Kingdom di Chonburi, Thailand

Di taman buaya Elephant Kingdom, Thailand pengunjung akan mendapat pengalaman yang menyeronokkan, atau erti kata lainnya gila, iaitu menjamu buaya dari atas rakit. Rakit yang dimaksudkan di sini bukanlah sebuah rakit yang kukuh.

Rakit kayu yang dibina pondok kecil diatasnya akan membawa pengunjung ke tengah-tengah kolam yang dipenuhi buaya, dan disana pengunjung akan diberikan rod untuk meletakkan makanan untuk dijamu pada buaya. Ada sesetengah pengunjung juga gemar bergurau dengan mengacah-acah makanan pada buaya-buaya tersebut.

10. Gunung Berapi Erta Ale, Ethiopia

Terletak di rantau Afar, Ethiopia, Erta Ale adalah antara gunung berapi paling bahaya di dunia. Gempa bumi berskala kecil sering menggegarkan rantau ini macam Adam dan Stacy menggegar dunia. Gempa bumi mini ini mewujudkan banyak jurang-jurang yang amat dalam di sekitar kawasan tersebut. Hal ini terjadi kerana Erta Ale memiliki dua tasik lava di dalam kawah yang berada di puncaknya. Jumlah isipadu lava di dalamnya sentiasa berubah menyebabkan mukabumi di sekitar kawasan itu bergerak naik dan turun secara berterusan.

11. Tasik Natron, Tanzania

Lanskap di kawasan ni mungkin nampak cantik, menakjubkan dan asing. Tasik yang kelihatan kemerah-merahan jika dilihat dari udara adalah hasil dari kerak garam alkali di permukaan tasik tersebut yang begitu berbahaya hinggakan apa-apa yang bersentuhan dengannya akan mati di tempat kejadian.

Atas sebab yang sangat jelas, aktiviti renang, memancing dan segala aktiviti air yang berkaitan adalah dilarang sama sekali di tasik ini. Dan bau sulfur hidrogen yang sangat kuat dari permukaan tasik itu takkan membenarkan anda menikmati pemandangan indahnya untuk jangka masa yang lama.

Sumber: Taiko Tai TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *